Sunday, January 20, 2008

9 `ABDULLAH IBN AL-THAMIR DAN MEREKA YANG BINASA DI DALAM PARIT (ASHHAB UL-UKHDUD)

9 - `ABDULLAH IBN AL-THAMIR DAN MEREKA YANG BINASA DI DALAM PARIT (ASHHAB UL-UKHDUD)

Diriwayatkan dari Yazid b. Ziyad dari Muhammad b. Ka`b al-Qurazi, dan seorang lelaki Najran juga meriwayatkan kepadaku, bahwa menurutnya penduduk tersebut lazimnya menyembah patung-patung. Najran adalah bandar terbesar di mana penduduknya berjiran dengan daerah berhampiran. Dalam sebuah kampung yang dekat dengan bandar itu ada seorang ahli sihir yang mengajar pemuda-pemuda Najran dalam keseniannya. Apabila Faymiyun datang ke situ - mereka tidak memanggilnya dengan nama yang diberi oleh Wahb b. Munabbih tetapi cuma mengatakan seorang lelaki telah datang ke situ - dia mendirikan sebuah khemah antara Najran dan tempat di mana ahli sihir tersebut tinggal. Penduduk Najran menghantar anak-anak muda mereka ke tempat ahli sihir untuk belajar ilmu sihir begitu juga al-Thamir menghantar anaknya, `Abdullah bersama mereka. Apabila `Abdullah melalui orang itu di khemahnya, dia amat tertarik dengan doanya dan puji-pujiannya dan mulai duduk dengannya dan mendengarkannya sehingga dia menjadi seorang Muslim. (Al- Quran mengajarkan bahwa Kristian tulen adalah Islam, Surah 3.45.), dan mengakui keesaan Allah menyembahNya. Dia bertanya beberapa soalan mengenai peraturan-peraturan Islam sehinggalah apabila dia diajar sepenuhnya ketika itu dia bertanya itu apakah Nama Allah yang Paling Agung. Walaupun dia mengetahuinya tetapi dia tidak memberitahunya, sambil berkata: `Anakku sayang (`Anak saudaraku), engkau tidak akan mampu memikulnya. Aku takut engkau tidak cukup kuat.' Al-Thamir tidak terfikir yang anaknya, `Abdullah sudah lama tidak berjumpa ahli sihir bersama-sama dengan pemuda-pemuda lain. `Abdullah melihat yang gurunya telah menyimpan ilmu daripadanya dan khuatir akan kelemahannya. Ia mengumpul sejumlah ranting kayu dan bila dia telah diajar satu nama Allah dia tulis nama tersebut di atas kayu itu. Apabila dia dapat kesemuanya dia hidupkan unggun api dan mulai melontar kayu-kayu itu satu per satu ke dalam unggun api sehingga apabila dia sampai pada kayu yang ditulis di atas dengan Nama yang Paling Agung yang dicampakkan ke dalam api itu, tetapi ia segera melantun tanpa disentuh oleh api. Kemudian dia ambil kayu itu dan membawanya dan memberitahu gurunya yang dia tahu Nama yang Paling Agung itu, yang telah disembunyikan daripadanya. Persoalan baru timbul padanya dan bila dia belajar bagaimana dia boleh tahu rahasia rahsia tersebut, gurunya pun berkata, `Ya sahabat mudaku (`Anak saudaraku'.), engkau telah mendapatkannya, tetapi simpanlah di dalam dirimu, meskipun aku tak fikir engkau boleh'.

Sesudah itu apabila `Abdullah bin.al-Thamir memasuki Najran dan mendapatkan sesiapa saja orang sakit dia akan berkata kepada orang itu, `Wahai hamba Allah, mahukah kamu mengakui keesaan Allah dan menganut agamaku agar aku berdoa kepada Allah supaya dia mungkin menyembuhkan engkau dari penyakit yang engkau deritai? Orang itu akan setuju, mengakui keesaan Allah, dan menjadi seorang muslim, dan dia akan berdoa untuk orang itu dan kemudian orang itu akan sembuh. Sehingga pada akhirnya di sana sudah bukan seorang orang yang sakit di Najran tetapi telah menganut agamanya dan akhirnya seluruh penduduk menjadi sihat dari sakitnya. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan raja dia hantar kepadanya utusan yang berkata: `Engkau telah merusakkan penduduk bandar beta oleh itu mereka menentang beta dan telah menyangkal agama beta dan agama datuk nenek beta. Beta akan melakukan suatu pengajaran yang mengerikan kepada engkau!' Dia menjawab: `Tuanku tidak ada kekuatan untuk melakukan perkara tersebut. 'Baginda telah menangkapnya dan dibawa kepada sebuah gunung yang tinggi dan dicampakkan ke bawah lalu jatuh menjunam, tetapi dia jejak ke tanah dengan tiadacedeera. Kemudian dia telah pun dicampakkan ke dalam air yang sangat dalam di Najran yang mana tidak seorang pun yang pernah timbul hidup, tetapi dia keluar dengan selamat.
Semuanya menambahkan kebaikan kepadanya. `Abdullah beritahu baginda bahwa baginda tidak akan dapat membunuhnya sehingga (kecuali) baginda mengakui keesaan Allah dan percaya kepada agamanya; tetapi (malah) jika dia lakukan dia akan diberi `kuasa' untuk membunuhnya. Baginda lalu mengakui keesaan Allah dan menegaskan kepercayaan `Abdullah, lalu memukulnya dengan suatu pukulan yang sederhana kuat dengan sebatang kayu yang ada di tangannya baginda membunuh mati di situ juga. Penduduk Najran menerima agama `Abdullah bin.al-Thamir menurut apa yang ditulis dalam Injil dan peraturan- peraturan yang dibawa oleh `Isa ibn Maryam. Selepas itu mereka telah bertukar ganti dengan kecelakaan (ahdath) yang menimpa bersama - ahli agama mereka. Demikianlah asal Kristian di Najran. Tetapi Allah lebih Tahu (apakah fakta-fakta yang sebenar).

Demikian adalah riwayat dari Muhammad b. Ka`b. al-Qurazi dan seorang penduduk Najran mengenai `Abdullah bin.al-Thamir. Tetapi Allah lebih Tahu apa terjadi.

Dhu Nuwas datang menentang mereka dengan bala tenteranya dan memaksa mereka supaya menerima agama yahudi (Judaism), mereka diberi pilihan antara menerimanya atau kematian: Mereka pilih kematian. Jadi dia menggali parit untuk mereka; sebahagiannya dibakar dalam api, sebahagian lagi dipancung dengan pedang, akhirnya dia telah membunuh mereka semua menghampiri dua puluh ribu jiwa. (`Kemudian Dhu Nuwas kembali ke San`a dengan bala tenteranya.'). Mengenai Dhu Nuwas dan tenteranya, Allah beritahu kepada Rasulullah
Celakalah kaum yang menggali parit,
(Didalamnya) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Ketika mereka duduk di kelilingnya,
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Dan mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Mereka menyiksa orang-orang itu hanyalah kerana beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Terpuji (Surh 85.4-9)

Adalah diriwayatkan di antara mereka yang mati dibunuh oleh Dhu Nuwas adalah `Abdullah bin.al-Thamir, ketua dan imam mereka (Dalam tradisi yang lain `Abddullah adalah di bunuh oleh seorang raja terdahulu. Azr meriwayatkan sesuatu yang agak berlainan dari versi riwayat Ibn Saj.

Aku diberitahu oleh `Abdullah b. Abu Bakr b. Muhammad b. `Amr b. Hazm meriwayatkan bahwa pada pemerintahan `Umar bin. al-Khattab seorang lelaki Najran telah menggali di atas satu daripada yang runruhan di Najran yang berkehendakkan menggunakan tanah, bila mereka sampai `Abdullah bin. al-Thamir yang berada di bawah kuburan itu; (keadaan mayatnya) dia sedang duduk dengan gaya tangannya melindungi sesuatu luka di kepalanya, menekan luka tersebut. Apabila tangannya digerakkan darah mulai mengalir; dan apabila mereka melepaskan tangannya ia kembali semula ke tempatnya dan darah yang mengalir itupun terhenti. Di jarinya ada sebentuk cincin yang tertulis perkataan `Allah Tuhanku'. Suatu laporan telah dihantar kepada `Umar dan dia menjawab: `Tinggalkan dia sendirian dan tutup kuburan itu ' dan perintahnya telah dilaksanan.

No comments: