Sunday, January 20, 2008

11 BAGAIMANA ABRAHA MERAMPAS KUASA DI

Aryat memegang pemerintahan di Yaman beberapa tahun kemudiannya dipegang oleh Abraha seorang Habasyah (yang berkhidmat dalam tenteranya) merampas kekuasaannya, dan orang-orang Habasyah berpecah menjadi dua kumpulan yang masing-masing mendakwa mempunyai penyokong. Apabila perang hampir meletus, Abraha mengirim utusan kepada Aryat mengajaknya mengelakkan bahaya perang yang memusnahkan dan mengundangnya untuk menyelesaikan sengketa dengan perang tanding antara mereka berdua, yang menang akan menjadi satu-satunya ketua tentera. Aryat bersetuju Abraha pergi menemuinya. Abraha adalah seorang lelaki yang gemuk pendek pengamal Keristian; dan Aryat jauh melebihi penampilannya mengatasi Abraha pada tangan; bertubuh besar, tinggi dan kacak. Abraha ada seorang pemuda dipanggil `Atawda di belakangnya untuk membelanya terhadap serangan dari belakang. Aryat menamatkannya dengan medahuluinya memukul tengkorak Abraha melukai dahinya dan terbelah dua kening, hidung, mata, dan mulutnya. Itulah sebabnya dia dipanggil al-Ashram (muka terbelah). Kemudian itu `Atawda datang dari belakang Abraha menyerang Aryat dan membunuhnya. Tentera Aryat menyertai Abraha, dan orang-orang Habasyah di Yaman menerimanya sebagai ketua mereka. (Kemudian `Atawda menjerit: "Atawda kamu lihat, sebab kejahatan teman; bukan keturunan bangsawan', bermaksud bahawa hamba Abraha telah membunuh Aryat. Al-Ashram bertanyakan apa yang dia mahu, meskipun dia telah pun membunuhnya upah membunuh mesti dibayar. Dia meminta dan memperolehi haknya dengan notis utama di Yaman.) Abraha membayar upah kerana membunuh Aryat. (Semua ini terjadi tanpa pengetahuan Negus.)

Apabila berita peristiwa ini sampai ke pengetahuan Negus baginda sangat marah dan berkata: `Patutkah dia menyerang amirku dan membunuhnya tanpa perintah daripadaku?' Kemudian dia bersumpah bahawa dia tidak akan biarkan Abraha sendirian sehingga dia memijak tanahnya dan memotong jambulnya. Jadi Abraha pun mencukur kepalanya dan diisinya tanah Yaman dalam sebuah beg kulit dan dihantarnya kepada Negus dan disertakan dengan surat: `Wahai Tuanku, Aryat hanya seorang hamba kepunyaan tuanku.
Begitu juga aku adalah hamba tuanku. Kami bertelingkah dengan perintahmu; semua orang mesti taat kepadamu; tetapi aku lebih kuat, lebih utuh, dan lebih bijak dalam mengendalikan urusan orang-orang Habasyah. Apabila aku diberitahu Tuanku bersumpah, aku cukur seluruh rambut di kepalaku dan aku menghantarnya kepada Tuanku bersama sebuah beg berisi tanahku yang Tuanku boleh meletaknya di bawah kaki Tuanku dan dengan demikian tolong undurkanlah sumpah Tuanku kepadaku.' Apabila mesej ini sampai kepada Negus, baginda telah berbaik semula dengannya dan mengutus surat kepadanya membenarkan dia tinggal di Yaman sehingga perintah selanjutnya; Dengan demikian Abraha tinggal di Yaman. (Apabila Abraha melihat yang Negus telah berbaik semula dan telah melantiknya sebagai Wakil Raja di Yaman. dia menghantar utusan kepada Abu Murra b. Dhu Yazan dan melarikan isterinya bernama Rayhana bt. `Alqama b. Malik b. Zayd b. Kahlan. Abu Murra bersama Dhu Jadan mendapat seorang anak dengannya - Ma`di Karib. Selepas itu dia melahirkan untuk Abraha seorang anak lelaki bernama Masruq dan seorang anak perempuan bernama Basbasa. Abu Murra memilih untuk lari. Hambanya `Atawda pergi berlatih memperbaiki semula di Yaman sehingga seorang lelaki berasal dari Himyar; Khath`am menyerang dan membunuhnya; dan apabila berita itu sampai ke telinga Abraha, seorang yang sabar sebagai sifat orang kenamaan, seorang Keristian biasa yang sederhana, dia telah memberitahu orang ramai bahawa pada suatu masa yang penting mereka dengan secara rasmi sewajarnya mengawal diri dan bahawa dia mengetahui yang `Atawada meilih suatu ganjaran kerana perkhidmatannya dia tidak akan ada dmembenarkannya untuk memilih ganjaran. Selanjutnya tiada pertumpahan darah akan berlaku dan dia tidak akan ambil apa-apa tindakan terhadap mereka kerana membunuh `Atawda.).

No comments: