Sunday, January 20, 2008

2. SALASILAH KETURUNAN ISMA`IL

Isma`il b. Ibrahim mempunyai dua belas orang anak:

1. Nabit yang paling tua,
2. Qaidhar,
3. Adhbul,
4. Mabsha,
5. Misma`,
6. Mashi,
7. Dimma,
8. Adhr,
9. Taima,
10. Yatur,
11. Nabish,
12. Qaidhuma.

Ibu mereka adalah Rs`la bt. Mudad b. `Amr al-Jurhumi. Jurhum adalah anak Yaqtan b. `Aibar b. Shalikh, dan [Yaqtan adalah] (Perkataan ini telah ditambah oleh perawi sebagai, konteks mendesak.) Qahtan b. `Aibar b. Shalikh. Menurut riwayat Isma`il hidup 130 tahun, dan apabila dia wafat dia telah dikebumikan di dalam tempat suci (Hajar Isma`il berbentuk separuh bulatan bertembok ruang di antaranya dengan Kaabah.) bersebelahan pula dengan ibunya Hajar di sisi Kaabah.

Muhammad b. Muslim b. `Ubaidullah b. Shihab al-Zuhri meriwayatkan kepada saya bahwa `Abdu'l-Rahman b. `Abdullah b. Ka`b b. Malik al-Ansari, juga dipanggil al-Sulami, meriwayatkan kepaadanya bahwa Rasulullah telah berkata: `Apabila kamu menawan Mesir perlakukanlah penduduknya dengan baik, mereka boleh tuntut perlindungan dan hubungan kekeluargaan.’ Saya bertanya al-Zuhri apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah, lalu dia menjawab Hajar, adalah ibu Isma`il, keturunan mereka.

`Ad b. `Aus b. Iram b. Sam b. Nuh serta Thamud dan Jadis adalah anak `Abir b. Iram b. Sam b. Nuh, dan Tasm, `Imlaq dan Umaim adalah anak Lawidh b. Sam b. Nuh adalah semua berbangsa Arab. Nabit b.Isma`il bapa Yashjub salasilah keturunannya: Ya`rub-Tairah-Nahur-Muqawwam_udad-`Adnan.

Dari `Adnanlah suku-suku yang berasal dari Isma`il berpecah. Adnan ada dua orang anak, Ma`add dan `Akk. Ma`add ada empat orang anak: Nizar, Quda`a (anak pertama dia dipanggil Abu Quda`a), Qunus, dan Iyad. Quda`a pergi ke Yaman kepada Himyar b. Saba' yang bergelar `Abdu Shams; sebab ia dipanggil Saba' kerana dialah orang pertama di kalangan orang Arab membawa orang-orang tawanan. Dia adalah anak Yashjub b. Ya`rub b. Qahtan. Qunus b. Ma`add menurut ahli salsilah keturunan Ma`add tidak wujud. Al-Nu`man b.al-Mundhir raja al-Hira adalah suku mereka. Al-Zuhri beritahu saya bahawa Nu`man adalah keturunan Qunus b. Ma`add (16).

Ya`qub b.`Utba b.al-Mughira b.al-Akhnas meriwayatkan kepadaku bahwa seorang Sheikh Ansar B. Zurayq meriwayatkan bahwa `Umar b. al-Khattab, apabila dia telah diberikan pedang milik al-Nu`man b. al-Mundhir, dikirimkan untuk Jubair b. Mat`im b. `Adiy b. Naufal b. `Abdu Manaf b. Qusaiy (dia adalah ahli Salsilah Keturunan terbaik di kalangan kaum Quraish, malahan di kalangan orang-orang Arab dan mendakwa telah diajar oleh Abu Bakr adalah seorang ahli Salsilah Keturunan terbaik di kalangan orang-orang Arab) dia mengenakan pedang itu padanya. Apabila dia bertanya siapakah al-Nu`man, Jubair menjawab bahwa, dia adalah penerus (masih selamat) dari suku Qunus b. Ma`add. Bagaimanapun, sebahagian daripada orang-orang Arab mendakwa bahwa dia tergolong dari Lakhm dan Rabi`a b. Nasr. Hanya Allah yang mengetahui perkara sebenar.

No comments: