Sunday, January 20, 2008

8 PERMULAAN KRISTIAN DI NAJRAN

Al-Mughira b. Abu Labid, seorang al-Akhnas yang merdeka, diriwayatkan dari Wahb b. Munabbih seorang Yaman meriwayatkan kepadaku bahwa asal Kristian di Najran adalah dari seorang lelaki bernama Faymiyun seorang yang taat memegang peraturan, sungguh–sungguh dan hidup sederhana dan doanya maqbul. Dia biasanya berpindah-pindah antara bandar: sebaik saja dia diketahui umum di dalam satu bandar dia akan bergerak ke bandar lain. Hanya makan dari hasil upah, sebagai buruh binaan dengan yang menggunakan batu-bata tanah. Dia biasanya menjadikan Hari Ahad sebagai hari berehat dan tidak akan bekerja. Dia biasanya pergi ke padang pasir bersembahyang di sana sampai petang. Sewaktu dia mengikut dagangannya ke sebuah kampung di Syria untuk mengelakkan dirinya dari orang ramai. Salah seorang penduduk di situ yang dipanggil Salih mengerti akhlak lelaki tersebut dan merasa sangat kasih kepadanya. Supaya tidak dilihat oleh Faymiyun dia terus menyusulnya dari setempat ke setempat, sehingga pada suatu hari Ahad dia pergi seperti biasa ke padang pasir dan disusuli oleh Salih. Salih telah memilih sebuah tempat bersembunyi dan duduk di mana dia dapat melihatnya. Dia tidak mahu Faymiyun tahu di mana dia berada. Apabila Faymiyun berdiri hendak bersembahyang se suatu yang bercabang, ular berkepala tujuh, datang kepadanya dan apabila Faymiyun melihatnya, dia membacakan sesuatu lalu ular itu pun mati. Melihatkan ular tetapi tidak tahu apa yang telah berlaku padanya dan bimbangkan keselamatan Faymiyun, Salih tidak boleh menahan dirinya dan terus menjerit: `Faymiyun ular kepala bercabang dekat dengan engkau!' Dia tidak ambil peduli dan meneruskan sembahyangnya sehingga selesai. Malam telah tiba dan dia pun pergi. Dia tahu yang dia telah pun dikenal dan Salih tahu yang dia telah pun melihatnya. Jadi dia berkata kepadanya: `Faymiyun, engkau tahu yang aku belum pernah sukakan susuatu seperti aku suka kepada engkau. Aku ingin selalu dengan engkau dan pergi ke mana sahaja bersama engkau ‘ Dia menjawab: `Seperti yang engkau inginkan. Engkau tahu bagaimana aku hidup dan jika engkau rasa yang engkau boleh tahan hidup seperti ini, baguslah.' Jadi Salih tinggal dengannya, dan penduduk kampung tersebut masih tidak tahu rahasianya. Apabila seseorang menderita oleh sesuatu penyakit datang kepadanya secara kebetulan dia akan berdoa untuknya dan orang itu pun pulih; tetapi jika dia dipanggil untuk mengubat orang sakit dia tidak akan pergi. Suatu hari anak seorang dari penduduk kampung telah buta matanya (atau `sakit') dan dia bertanya mengenai Faymiyun dan sudah diberitahu bahwa dia tidak pernah datang jika dia dijemput, kerana dia adalah seorang yang mengambil upah bertukang rumah dengan penduduk di situ. Oleh itu lelaki ini mengangkat anaknya dan diletakkannya di dalam biliknya dan dilemparkan sehelai pakaian menyelimuti anaknya dan dia pergi mendapatkan Faymiyun meminta dia hendak dia buat suatu kerja di dalam pondok rumahnya mahukah dia datang melihatnya supaya mereka bersetuju membayar harga upahnya. Sampai sahaja di rumah itu Faymiyun bertanyakan apa yang dia mahu lakukan. Setelah memberi tahu secara terperinci orang itu tiba-tiba membuka selimut tersebut dari budak itu: `Wahai Faymiyun, satu daripada makhluk Allah adalah di tempat
Yang engkau lihat. Jadi berdoalah untuknya.’ Faymiyun melakukannya (Di antara kata-kata yang diucapkan oleh Faymiuun ketika berdoa: `Ya Allah, musuh Engkau telah menyerang kesihatan seorang dari pembantu-pembantu mereka untuk menyerangnya. Kembalikanlah kesihatan kepadanya dan lindungilah dia daripadanya.') Lalu budak lelaki itu pun bangun sembuh sepenuhnya. Mengetahui yang dia telah pun dikenali dia tinggalkan kampung itu dengan disusuli oleh Salih, dan sewaktu mereka sedang berjalan melalui Syria mereka melepasi sebatang pokok besar dan seorang lelaki telah memanggilnya dengan sebutan, `Aku telah pun menunggu engkau dan selalu berkata, "Bilakah dia datang?" sehinggalah aku dengar suara engkau dan tahu itu adalah engkau. Janganlah pergi sehingga kamu telah berdoa atas kematianku kerana aku sedang menghampiri mati.' Dia mati dan Faymiyun mendoakan untuknya dan mereka mengkebumikannya. Kemudian dia pun pergi disusuli oleh Salih sehingga mereka sampai di tanah orang-orang Arab yang kemudiannya menyerang mereka, dan sebuah kafilah membawa mereka dan menjual mereka di Najran.
Pada masa ini penduduk Najran mengikut agama orang -orang Arab, menyembah sebatang pohon kurma besar di situ. Setiap tahun mereka mengadakan suatu perayaan dengan menggantung mana-mana pakaian indah yang mereka ada dan batu permata hiasan wanita di pohon itu. Kemudian mereka keluar berjalan-jalan dan melakukan upacara penyembahan paada hari tersebut (Atau, barangkali, `perarakan mengelilinginya '.). Faymiyun sudah dijual kepada seorang bangsawan dan Salih kepada orang lain. Suatu ketika berlaku di mana Faymiyun sedang sembahyang dengan khusyuk di waktu malam di dalam sebuah rumah yang telah diperuntukkan oleh tuannya kepadanya, seluruh rumah dipenuhi dengan cahaya yang terng benderang padahal tiada sebuah lampu pun. Tuannya sangat hairan dengan apa yang dilihat, dan bertanya kepadanya mengenai agamanya. Faymiyun beritahu dia dan menyatakan bahwa mereka berada dalam kekeliruan. Adapun pohon kurma tidak boleh menolong atau menyakiti; dan jika dia sumpah pokok itu dengan nama Allah, Allah akan menghancurkannya, Dia, Allah Esa tanpa sekutu. Kalau begitu lakukanlah,' kata tuannya, `jika kamu lakukan, kami akan anut agamamu, dan tinggalkan pegangan kami sekarang. Setelah membersihkan dirinya dan melaksanakan dua rakaat, dia menyeru Allah terhadap pohon tersebut, dan Allah kirimkan angin ke atasnya yang mencabutnya dengan akar-akarnya sekali dan menghumbankannya ke tanah. Maka penduduk Najran pun memeluk agamanya dan dia memimpin mereka dengan ajaran `Isa ibn Maryam. Kemudian mereka mengalami kecelakaan (Atau `perubahan' (ahdath)) yang terjadi bersama - ahli agama mereka dalam setiap daerah. Inilah asalnya Kristian di Najran di daerah orang-orang Arab. Demikianlah riwayat dari Wahb bin Munabbih dari riwayat penduduk Najran.

No comments: