Sunday, January 20, 2008

5 PEMERINTAHAN ANAKNYA HASSAN IBN TIBAN DAN BAGAIMANA `AMR MEMBUNUH ADIKNYA

Apabila anaknya Hassan b. Tiban As`ad Abu Karib menaiki takhta. Dia berbincang dengan Orang-orang Yaman untuk menakluk Tanah Arab dan Persi. Bagaimanapun, apabila mereka sampai disuatu tempat di Iraq puak Himyar dan suku-suku Yaman tidak rela pergi lebih jauh dan hendak kembali ke pangkuan keluarga mereka. Jadi mereka dekati salah seorang dari saudara mereka bernama `Amr yang bersama dengannya di dalam tentera dan mengatakan jika dia sanggup membunuh abangnya mereka akan menabalkan dia menjadi raja agar dia boleh memerintah mereka di negerinya kelak. Dia menjawab, yang dia akan lakukan, dan mereka semua bersetuju untuk turut serta kecuali Dhu Ru`ayn dari Suku Himyar. Dia melarangnya dari melakukannyai, tetapi tidak dihiraukannya, jadi Dhu Ru`ayn menulis rangkap berikutnya:

Oh siapakah yang boleh beli susah tidur untuk tidur?
Gembiralah sesiapa yang lalui malam dalam damai;
Meskipun Himyar telah tidak jujur,
Allah akan pegang Dhu Ru`ayn yang tidak bertanggungjawab

Dia tutup rapat dokumen dan dibawanya kepada `Amr, sambil menyebut: ` Engkau simpan dokumen
Saya ni,' dan dia lakukan. Lalu `Amr membunuh abangnya Hassan dan kembali ke Yaman dengan orang-orangnya (Hassan tidak berjaya merayu kepada saudaranya iaitu:
Janganlah percepat kematianku, Wahai `Amr.
Ambillah kerajaan ini tanpa gunakan paksaan.).
Salah seorang Himyar tergerak untuk berkata:

Pada keturunan yang lalu
Apa yang mata telah lihat
Seperti Hassan yang terbunuh!
Putrinya berpaling kepadanya khuatir kalau-kalau mereka ingin berperang.
Pada hari esok mereka berkata ` Kemarahan adalah kosong!'
Kematian mu rbaik bagi kami tetapi kau tetap hidup
Kami dipimpin, tetapi kamu semua adalah pemimpin.

Perkataan `lababi lababi' berarti `tidak mengapa' Bahasa Himyari.

Apabila Amr b. Tiban kembali ke Yaman dia tidak boleh tidur dan susah tidur terpaksa mengupah orang menjaganya. Dengan kekhuatirannya ini, dia bertanya tabib, para peramal yang menilik masalahnya. Salah seorang dari mereka berkata: `Tidak seorang pun yang membunuh saudaranya atau sanak-saudara secara tidak jujur seperti kau membunuh saudaramu sendiri tanpa hilang selera tidurnya dan menjadi mangsa kepada sakit susah tidur.' Di sini dia mulai membunuh semua bangsawan yang mempengaruhinya untuk membunuh saudaranya Hassan, hingga akhirnya dia bertemu Dhu Ru`ayn yang mendakwa bahwa`Amr ada bukti yang dia tidak bersalah, iaitu kertas yang telah pun diberikan kepadanya. Dia pun membawa kertas tersebut kepadanya dan apabila dia baca dua rangkap dia benarkan dia pergi, disebabkan apa yang telah diberi itu adalah nasihat yang baik.(Catatan: ia mengandungi sebuah sajak yang panjang anggapannya terhadap `Amr.). Apabila `Amr mati, kerajaan Himyar ditimpa kekecauan dan penduduknya berpecah belah kepada banyak kumpulan

No comments: