Sunday, January 20, 2008

3. RABI`A B. NASR RAJA YAMAN DAN CERITA TUKANG-TUKANG TENUNG SHIQQ DAN SATIH

Rabi`a b. Nasr, raja Yaman, adalah keturunan sebenar raja-raja Tubba`. Dia mempunyai penglihatan atau bayangan yang menakutan dirinya sendiri dan menyebabkan dia sentiasa cermas. Jadi dia kumpulkan semua peramal, ahli sihir, pentadbir mimpi, dan ahli nujum, dalam kerajaannya dan berkata: “Beta ada suatu penglihatan atau bayangan yang menakutan diri beta sendiri dan menyebabkan beta sentiasa cermas. Beritahu beta apakah perkara itu dan maknanya?” Mereka menjawab: `Beritahu kami penglihatan atau bayangan tersebut, nanti kami akan huraikan maksudnya.” `Jika beta beritahu mengenainya' katanya, `Beta tidak akan yakin dengan tafsiran anda; sesiapa yang tahu maksudnya tentulah tahu apa penglihatan atau bayangan itu tanpa dibertitahu.' Akhirnya salah seorng dari mereka mencadangkan supaya dikirimkan orang untuk bertemu Shiqq dan Satih, kerana mereka berdua lebih tahu daripada yang lain dan mampu menjawab soalan tersebut. Nama Satih sebenarnya Rabi`b. Rabi`a b. Mas`ud b. Mazin, b. Dhi'b b. `Adiy b. Mazin Ghassan. Shiqq pula adalah anak Sa`b, b. Yashkur b. Ruhm b. Afrak, b. Qasr b. `Abqar b. Anmar b. Nizar, dan Anmar adalah ayah Bajila dan Khath`am.

Jadi baginda kirim orang menjempit mereka. Satih sampai dahulu, Raja Yaman pun mengulangi soalan-soalannya tadi, `Jika kamu tahu penglihatan atau bayangan itu tentulah tahu apa maksudnya' Satih menjawab (dalam bentuk syair`):

Api yang Tuanku lihat
Muncul keluar dari laut.
Ia jatuh ke negari rendah
Dan meratah ranap semua sisi

Raja Yaman amat bersetuju sekali, kerana ia amat tepat dengan apa yang dia telah lihat, dan apakah erti semuanya ini? Dia menjawab:

Demi ulat tanah lahar aku bersumpah
Orang-orang Habsyah di tanah tuanku akan punah
Menguasai dari Abyan ke Jurash di mana-mana.

Raja Yaman terperanjat mengenai berita yang menyedihkan ini, akan tetapi bilakah akan berlaku, sebelum atau selepas baginda? Dia menjawab: [masih dalam syair]

Ia lebih enam puluh atau tujuh puluh tahun harus berlalu
Adakah kerajaan akhir pendatang baru itu?
Tidak, sesuatu yang akhir akan ada selepas tujuh puluh tahun atau lebih;
Kemudian mereka akan terbunuh atau terhalau sebagai pelarian. .
Siapa yang akan melakukan ini semua?
Iram b. Dhu Yazan, yang akan menentang mereka dari Aden dan tidak meninggalkan seorang pun dari meraka di Yaman. Selanjutnya beberapa pertanyaan mengenai keterangan kerajaan mereka bukanlah terakhir, tetapi seorang nabi yang menerima wahyu dari langit akan membawa kepada suatu hujung; dia adalah seorang laki-laki, anak kepasa Ghalib b. Fihr b. Malik, b. al-Nadr. Kekuasaannya akan berakhir di penghujung zaman. Adakah masa – zaman akan berakhir? Bertanya sang raja. Ya. Jawab Satih, hari yang ada permulaan dan yang akhir pasti akan berlaku, ketaatan peraturan untuk kebahagiaan, keingkaran untuk kesengsaraan.
Adalah anda beritahu beta perkara sebenar? Raja bertanya.

Ya, demi gelap dan senja
Dan lembayung menyusul malam
Sesungguhnya apa yang saya bertitahu Tuanku adalah benar

Kemudian Shiqq sampai dan raja pun kemukakan dia dengan fakta-fakta tersebut tetapi tidak dengan apa yang telah Satih katakan, supaya dia boleh lihat samada mereka sama atau berbeza. Perkataannya adalah:

Api yang Tuanku lihat
Muncul keluar dari laut.
Ia jatuh di antara batu dan pokok
Meratah ranap semua yang bernafas

Merasakan yang mereka sama satu dengan yang lain dan perbezaan hanya pada memilih perkataan, raja pun bertanyakan Shiqq tafsirannya:

Demi manusia berkulit rata aku bersumpah
Orang-orang Hitam di tanah tuanku akan punah
Mencabut yang sedikit dari jagaan maulana
Menguasai dari Abyan ke Najran di mana-mana.

Raja telah menyoal beberapa soalan yang sama kepadanya dan mempelajarinay kemudiannya.

Di sana akan dibawa kepada anda dari mereka satu nama Maha Agung Yang Maha Berkuasa, ,

Dan menjadikan mereka kepada sungguh-sungguh tunduk.

Dia adalah:

Seorang pemuda yang tidak lalai dan tidak pula berkelakuan rendah
Ia datang dan keluar dari rumahnya, Dhu Yazan

Tidak seorang pun dari mereka akan tinggal di Yaman.

Dia melanjutkan dengan menjawab beberapa soalan mengenai nenek moyang: Kerajaannya akan berakhir dengan satu Rasul utusan Allah yang akan membawa kebenaran dan keadilan di antara manusia dengan agama dan kebajikan. Kekuasaan akan terhenti bagi umatnya sehingga Hari Kiamat, hari di mana mereka dekat dengan Allah, akan di dibalas, dengan sorga, akan dibuat mana yang bergerak dan yang mati boleh mendengar, manusia akan di dihimpun di suatu tempat yang ditetapkan, orang yang bertaqwa kepada Allah akan menerima pertolongan dan rahmat. Tuhan yang memiliki syurga dan bumi, dan apa yang ada di antara keduanya. Saya telah beritahu anda yang kebenarannya tidak diragu lagi.

Apa yang telah diterangkan oleh dua orang itu, memberi kesan mendalam ke atas Rabi`a b.Nasr, dia menghantar anak dan keluarganya ke Iraq dengan semua yang mungkin mereka perlukan, dibekalkan surat kepada Raja Farsi Sabur b. Khurrazadh yang membenarkan mereka tinggal di al-Hira.

Al-Nu`man b. al-Mundhir adalah keturunan raja ini; dalam salasilah keturunan dan adat resam Yaman dalam susur galurnya adalah: al-Nu`man b. al-Mundhir b. al-Nu`man b. Mundhir b. `Amr b. `Adiy b. Rabi`a b. Nasr.

No comments: