Apabila Rabi`a b. Nasr mati, seluruh Kerajaan Yaman jatuh ke tangan Hassan b. Tiban As`ad Abu Karib (Tiban As`ad keturunan akhir Tubba`, anak Kuli Karib b. Zayd, Zayd adalah anak sulung Tubba` anak `Amr Dhu-l-Adh `ar b. Abraha Dhu-l-manar b. al-Rish b. `Adiy b. Sayfi b. Saba' al-Asghar b. Ka`b-Kahf al-Zulm-b. Zayd b. Sahl b. `Amr b. Qays b. Mu'awiya b. Jusham b. `Abdu Shams b. Wa'il b.al-Ghauth b. Qatan b. `Arib b. Zuhayr b. Ayman b. Al-Hamaisa` b. al-`Aranjaj, yang terakhir adalah Himyar b. Saba'al-Akbar b.Ya`rub b.yashjub b.Qahtan.)
Tiban As`ad Abu Karib telah pergi ke Madinah dan telah membawa ke Yaman dua orang Pendita Yahudi dari situ. Dia mengemas tempat ibadat itu dan menyelimutkannya dengan kain. Masa itu adalah sebelum pemerintahan Rabi`a b. Nasr.
Sewaktu dia datang dari Timur melalui Madinah dia tidak mengacau penduduknya; tetapi ditinggalkan di situ salah seorang anaknya yang terbunuh secara kejam. Kemudian dia kembali dengan niat untuk membinasakan kampung dan menghapuskan penduduknya dan menebang tanaman mereka. Suku Ansar telah bersatu di bawah pimpinan `Amr b. Talla saudara Ibn al-Najjar dan salah seorang dari Ibn `Amr b. Mabdhul. Nama Mabdhul adalah `Amir b. Malik b. al-Najjar: dan nama al-Najjar adalah Taym Allah b. Tha`laba b. `Amr b.al- Khazraj b. Haritha b. Tha`laba b. `Amr b. `Amir.
Kini seorang lelaki dari Ibnu. `Adiy bin.al-Najjar bergelar Ahmar dijatuhkan oleh salah seorang pengikut Tubba` sewaktu mereka dibawa ke Madinah dan membunuhnya (Catatan Tambahan: `dan dia dihumban ke dalam sebuah sumur yang dipanggil Dhat Tuman'.), karena dia ditangkap ketika dia menebang rumpunan pokok-pokok kurma; dia pancung mati dengan sabit miliknya, sambil menyebut `Buah-buahan itu dipunyai oleh manusia yang menyuburkannya.' Ini membangkit kemarahan Tubba' terhadap mereka dan pergaduhan bermula. Sesungguhnya Ansar mendakwa bahwa, mereka gunakan siang hari untuk berlawan dengan mereka dan bergaul dengan mereka sebagai tamu di waktu malam. Tubba sangat hairan dengan perkara ini dan berkata: `Demi Allah kaum kami adalah murah hati!'
Ketika Tubba` sedang di,sana] datang dua Pendeta Yahudi dari Bani Qurayza-Qurayza, dan al-Nadir, al-Najjam dan `Amr nama samarannya Bibir-Tergantung adalah anak al-Khazraj bin.al-Sarih b. al-Tau'aman binal-Sibt bin al-Yasa` b. Sa'd bin.
Lawi bin. Khayr bin Al-Najjam bin Tanhum bin `Azar bin `Izra bin Harun bin.`Imran bin Yashar bin Qahat (berlainan Qahath) bin Lawi bin Ya`qub yang juga dipanggil Isra'il bin Ishaq bin.Ibrahim khaleel u-Allah – orang yang berpengetahuan pemegang tradisi cukup kuat. Mereka mendengar berita mengenai raja yang berniat untuk menghancurkan pertempatan (bandar) dan penduduknya, dan mereka telah berkata kepadanya:
`Wahai Tuanku, janganlah melakukannya, jika Tuanku tidak berganjak dengan niat Tuanku sesuatu akan terjadi bagi menghalang Tuanku meneruskannya, dan kami takut jika Tuanku akan ditimpa pembalasan.' Apabila baginda bertanyakan alasan mereka, mereka pun memberitahu baginda bahwa Yathrib adalah tempat di mana seorang nabi keturunan Quraysh akan diutus dalam waktu yang sangat hampir, dan mungkin tempat ini adalah rumahnya dan tempat rehatnya. Memandangkan orang tersebut ada ilmu (pengetahuan) fihrasat baginda menerima nasihat mereka dalam bahagian yang baik dan melupakan rancangannya dan terus pergi dari Madinah dan memeluk agama pendeta-pendeta agama (Catatan: Bila dikesan melalui cerita ini Ibn Ishaq – Yazid bin `Amr-Aban bin Abu `Ayyash-Anas bin Malik seorang Sheikh Madinah yang hidup di zaman pra-Islam.).
Khalid bin `Abd al-`Uzza bin Ghaziya bin `Amr bin. `Auf bin Ghunm bin Malik bin al-Najjar dalam memuji `Amr bin. Talla telah berkata:
Adakah dia telah putus asa seperti pemuda bodoh atau terencat untuk mengingatianya?
Atau adakah dia telah puas?
Atau adakah anda ingat masa Muda?
Dan apakah kenangan masa muda yang anda lalui!
Ia adalah suatu peperangan orang Muda.
Hanyalah memberi pengalaman.
.Jadi tanyalah `Imran atau Asad,
Apabila jatuh menjunam (Ghadwan berlainan di awal fajar '.) dengan terbitnya bintang pagi.
Abu Karib dengan angkatan perangnya yang besar. Berpakaian dalam panjang, dan bau sengit.
Mereka berkata, Untuk siapa kami lakukan,
Banu AFu atau Najjar?
Tentulah Banu-l-Najjar,
Untuk kami balas dendam atas kematian kami.
Lalu pahlawan berpedang kami (Bacaan musayifatun.) pergi menemui mereka,
Bilangan mereka bagai titisan hujan di kawasan luas,
Di antara mereka ada `Amr bin. Talla
(Allah panjangkan umurnya untuk kebajikan kaumnya).
Seorang ketua yang setaraf dengan raja tetapi siapa lagi
Akan berlumba-lumba dengannya tidak tahu kemuliaannya.
Suku Ansar ini mendakwa bahwa Tubba` sangat marah dengan suku-suku Yahudi ini, yang tinggal bersama mereka, dan cuma yang menjadi cita-citanya adalah menghancurkan mereka, tetapi mereka dilindungi sehingga dia membiarkannya. Itulah sebabnya dia berkata dalam syairnya:
Dalam kemarahan kepada dua suku Yahudi yang tinggal di Yathrib
Siapa yang paling berhak disiksa di hari pembalasan
(Ada teks yang dimulakan dengan ayat lain. Catatan telah ditiadakan dengan teks penuh yang saya masukkan pada akhir bahagian ini dalam konteks penunjuk dengan Catatan.):
Tubba` dan orang-orangnya adalah penyembah berhala. Dia merancang untuk ke Mekah dan sedang dalam perjalanan ke Yaman, dan apabila dia tiba di antara `Usfan dan Amaj (Penguasa-penguasa berlainan di daerah `Usfan. Amaj adalah nama sebuah bandar sebelum sampai Madinah dan sebuah wadi mengalir dari Harra kepunyaan Banu Sulaym hingga ke laut.) Beberapa orang datang kepadanya, Hudhayl bin. Mudrika bin Ilyas bin Mudar bin Nizar bin Ma`add lalu berkata, `Wahai Tuanku, mungkin kami tidak akan menunjukkan kepada tuanku suatu perbendaharaan, purba bekas peninggalan raja-raja yang tercicir. Ia mengandungi mutiara, topez, rubi, emas dan perak.' Sudah tentu, dia kata, kerana mereka menambah bahwa sebuah rumah ibadat di Mekah di mana penduduknya beribadat dan tempat mereka berdoa. Tetapi niat sebenar Hudhaylis adalah untuk menyekat sifat pemusnahannya, supaya mereka tahu bahwa raja manapun yang melakukannya secara biadap sudah tentu akan mati. Ia bersetuju dengan usul mereka dan mengirim kepada dua pendeta tersebut bertanyakan pendapat mereka. Mereka beritahu bahwa satu-satunya satu-satunya sasaran kaum tersebut adalah menghancurkan dia dan tenteranya.` Kita tahu bahawa tidak ada rumah ibadat lain di bumi ini yang Allah pilih untuk DiriNya sendiri, kata mereka, dan jika anda lakukan apa yang mereka cadangkan anda dan semua orang-orang anda akan binasa.' Baginda bertanyakan kepada mereka apa yang dia patut lakukan apabila dia berada di sana, dan mereka beritahu baginda supaya melakukan apa yang dilakukan oleh penduduk Mekah lakukan: tawaf rumah ibadat tersebut menyanjung dan memuliakannya, mencukur kepala dan berkelakuan, rendah diri sehingga dia meninggalkan kawasan ( tanah haram.) tersebut
Baginda bertanya mengapa mereka juga tidak lakukan seperti itu. Mereka menjawab itu adalah disebabkan rumah ibadat yang dibina oleh bapa mereka Ibrahim, tetapi patung-patung yang diletakkan oleh penduduk ada di kelilingnya, dan darah yang mereka curahkan di situ, sebagai persembahan menjadi satu kesukaran dan halangan. Mereka adalah orang musyrik tidak bersih, perkataan mereka - atau perkataan yang membawa kesan syirik.
Melihatkan bunyi dan kebenaran perkataan mereka baginda memanggil orang itu dari Hudhayl dan memotong tangan dan kaki mereka dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Mekah. Dia pergi mengelilingi Kaabah, berkorban, dan bercukur kepala, tinggal di sana selama enam hari (kemudian mereka mengucapkan) Mempersembahkan (korban) binatang-binatang dan diagihkan kepada orang ramai disamping memberi mereka madu sebagai minuman.
Adalah diberitahu dalam mimpinya bahawa seharusnya menutup rumah ibadat tersebut, jadi ditutupnya dengan jalinan ranting-ranting pohon kurma; mimpi berikutnya menunjukkan bahawa dia harus lakukan yang lebih baik lagi, jadi diselimutkannya dengan kain Yaman; mimpi ketiga memperlihatkan dan memujuknya supaya menyelimutkannya dengan kain indah dari Yaman. Penduduk di situ berkata bahwa Tubba` adalah orang yang mula-mula menutup rumah ibadat tersebut. Dia memerintahkan Jurhumi sebagai penjaga untuk memastikan ia sentiasa bersih dan tidak membiarkan darah, mayat, atau pakaian berdarah haid mendekatinya, dan dia buat sebuah pintu dan kunci untuknya.
Subay`a b. al-Ahabb b. Zabina b. Jadhima b. `Auf b. Nasr b. Mu`awiya b. Bakr b. Hawazin b. Mansur b. `Ikrima b. Khasafa b. Qays b. `Aylan adalah anak paling bijak bagi `Abdu Manaf b. Ka`b b. Sa`d b. Taym b. Murra b. Ka`b b. Lu'ay b. Ghalib b. Fihr b. Malik b. Nadr b. Kinana. Dia dapat anak lelaki dengannya yang dipanggil Khalid; dan pada menekankan tentang kesucian Mekah dan larangan daripada melakukan kejahatan dan dosa yang menyedihkan di situ, dia mengingatkan Tubba` dengan rendah diri terhadapnya dan pekerjaannya di situ, di dalam bait berikut:
Wahai anakku, menganiaya samada hina atau mulia di Mekah.
Peliharalah kesucian dan jangan lalai (tertipu). (Suatu ingatan dari Surah 31.33 dan 35.5.).
Sesiapa yang melakukan kejahatan di Mekah akan menemui nasib paling malang.
Mukanya akan dipukul dengan kuat dan pipinya akan dibakar dengan api.
Aku tahu dari pengetahuan tertentu bahwa keingkaran di situ akan binasa.
Allah telah menjadikannya suci meskipun tiada istana telah dibina dalam mahkamahNya.
Allah telah buat burung-burungnya suci dan kambing-kambing liar di Thabir (Sebuah gunung di atas Mekah. `Usm boleh dierartikan `burung-burung liar ‘.) Adalah selamat.
Tubba` datang kepadanya, tetapi diselimutkan bangunannya dengan kain bersulam.
Allah rendahkan kedudukan kekuasaannya di sana dengan demikian dia memenuhi sumpahnya,
Berjalan dengan dibelakangnya dua ribu unta di dalam perkarangannya.
Dia memberi orang-orangnya makan daging dengan
unta-unta Mahri
Beri mereka minum madu pekat dan air barli tulen.
(Allah) binasakan tentera bergajah,
Mereka adalah dilempari dengan batu-batu ajaib (Samada sajak ini telah mengalami tokok tambah atau ia adalah hasil terkemudian karena kisah Gajah dipunyai oleh pengembaraan Ibrahim orang Habsyah tersebut pada setengah-setengah catatan. Ada yang membaca `Mereka tembak batu-batu besar ke dalamnya ' barangkali merujuk kepada ketika al-Hajjaj mengepung dan menyerang Mekah. Perbezaan di antara kekerasan dan rendah diri Tubba` adalah terserlah pada baris akhir.)
Dan (Allah binasakan) kerajaan mereka pada tanah yang jauh.
Pada kedua-dua Persia dan Khazar.
Mendengarkan bila anda telah diceritakan dengan kisah tersebut
Dan memahami akhirnya perkara tersebut.
Kemudian dia keluar ke Yaman dengan tenteranya dan dua orang pendeta tersebut. Sebaik sahaja dia sampai negarinya, dia menjemput penduduk negerinya memeluk agama barunya, tetapi mereka menolak sehingga mereka diuji dengan siksaan api yang ada di situ.
Abu Malik b. Tha`laba b. Abu Malik al-Qurazi menceritakan bahwa dia dengar Ibrahim bin. Muhammad b. Talha b. `Ubaydallah menceritakan bahwa apabila Tubba` mendekati Yaman, orang-orang Himyar menyekat laluannya, tidak membenarkan dia melaluinya, karena dia telah meningalkan agama mereka. Apabila dia mengajak mereka supaya menerima agama anutannya di bumi yang lebih baik daripada apa yang mereka anuti. Mereka mencadangkan bahwa soal tersebut seharusnya disiksa dengan api. Orang-orang Yaman berkata bahwa api digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dipertengkarkan di antara mereka dengan membakar si pesalah dan membenarkan yang tidak bersalah pergi tanpa di caci. (Dihitung sama dengan suatu penderaan moden walaupun sifat terus terang di kalangan orang Arab Sinai). Jadi kaumnya keluar dengan patung-patung dan benda-benda suci mereka, dan kedua-dua pendeta juga keluar bersama dengan kitab-kitab suci (Barangkali ` Suhuf- (dari kulit) ' yang maksudkan.) tergantung seperti rantai leher di leher mereka sehingga mereka berhenti di suatu tempat di mana api digunakan untuk pembakaran. Atas alasan inilah apabila ia keluar orang-orang Yaman lari ketakutan, tetapi pengikut-pengikut mereka memberi semangat kepada mereka dan memaksa mereka supaya bertahan, jadi mereka berkhemah di dataran tersebut sehingga api meratah patung-patung dan benda-benda suci mereka dan orang-orang yang memikulnya. Tetapi kedua-dua pendeta yang datang dengan kitab-kitab suci mereka, bermandikan peluh tetapi dalam lain perkataan selamat. Kemudian orang-orang Himyar menerima agama anutan baginda. Demikianlah asalnya agama Yahudi (judaism) di Yaman.
Seorang lagi perawi meriwayatkan bahwa hanya dua kumpulan sahaja yang sampai ke tempat api untuk membawanya pulang, untuk itu kumpulan yang berjaya dalam membawanya pulang adalah menganut kepercayaan yang betul. Apabila orang-orang Himyar dengan patung-patung mereka mendekati untuk membawa api itu balik, api tersebut datang melawan mereka dan mereka lari kerana tidak tahan. Kemudian, apabila kedua-dua pendeta datang membacakan Taurat, api itu mengundur jadi bolehlah mereka membawa ia balik ke tempat tersebut di mana ia timbul. Kemudian orang-orang Himyar menerima agama mereka. Tetapi Allah lebih tahu mana satu perkabaran yang benar.
Ra`am adalah salah satu rumah ibadat yang mereka muliakan, di mana mereka menawarkan korban dan menerima ramalan sewaktu mereka musyrik. Kedua-dua pendita beritahu Tubba `bahwa yang demikian itu hanyalah syaitan yang menipu mereka, dan mereka disuruh mematuhi janji dengannya. Apabila baginda bersetuju mereka memerintahkan seekor anjing hitam pergi membunuhnya - sekurang-kurangnya ini adalah apa yang orang-orang Yaman katakan. Kemudian mereka runtuhkan rumah ibadat tersebut dan aku diberitahu runtuhannya hingga ke hari ini diperlihatkan kesan darah yang banyak di atasnya.
(Tubba` mencipta bait berikutnya menceritakan pengembaraannya, apa yang dia mahu lakukan dengan Madinah dan Kaabah, apa yang sebenarnya dia lakukan dengan orang-orang Hudhayl itu, dan bagaimana dia menghias dan membersihkan rumah ibadat terrsebut dan apa yang kedua-dua pendita itu beritahu dia mengenai Rasulullah).
Mengapa, Wahai roh, adakah tidur mereka terganggu seperti orang yang matanya sakit?
Mengapa tidur saudara seperti penderita susah tidur berterusan,
Membangkitkan kemarahan dua suku Yahudi yang tinggal di Yathrib,
Siapa yang paling berhak menderita pada hari kiamat?
Sewaktu saya tinggal sementara di Madinah
Tenang dan bersegar-segar adalah tidurku.
Aku buat tempat kediamanku di atas sebuah bukit
Antara al-`Aqiq dan Baqi` ul-Gharqad.
Kami tinggalkan batu-batu dan dataran tinggi
Dan ianya rataan gondol yang terkenal
Dan datang ke Yathrib, dan susuanku
Bergelora dengan merah tempat terbunuh anak ku.
Saya telah pun bersumpah dengan sumpah teguh,
Suatu sumpah penuh kukuh dan mengikat,
`Jika aku sampai Yathrib aku akan tinggalkan ia
Mencabut pohon kurma yang muda dan subur '
Lihatlah bila datang dari Qurayza
Seorang pendeta cerdas, di antara orang Yahudi yang dihormati.
`Berdiri di belakang dari sebuah kota terpelihara;' katanya,
`Untuk Nabi kaum Quraysh Mekah pembimbing-hakiki.'
Jadi Aku maafkan mereka tanpa cercaan
Aku biarkan mereka kepada pengadilan hari akhir
Kepada Allah ku pohon ampunan
Pada hari perkiraan yang aku selamat dari nyalaan api nereka.
Sebahagian orang kami aku tinggalkan di sana
untuknya
Orang-orang yang baik dan berani,
Orang-orang yang membawa matlamat kepada kemenangan akhir.
Aku harap oleh kerana ganjaran dari Tuhan Muhammad
Aku bukannya tahu di situ ada rumah ibadat sebenar
Mengasihi Allah di lembah Mekah,
Hingga hamba-hamba dari Hudhayl datang kepadaku
Pada al-Duff Jumdan di atas al-Masnad.
`Sebuah rumah hartawan purba di Mekah
Khazanah mutiara dan batu permata!' kata mereka.
Aku hendak rampas semuanya tetapi Tuhanku kata jangan.
Allah mencegah pemusnahan rumahNya.
Aku keciwa dengan tujuanku di sana
Dan tinggalkan mereka suatu contoh yang bijaksana.
Dhu'l-Qarnayn sebelum aku adalah seorang Muslim
Menawan raja-raja terkumpul tindakannya,
Timur dan barat dia kuasai, masih dia mencari
Ilmu hakiki dari seorang ilmuan yag bijaksana..
Dia lihat di mana matahari terbenam dari pandangan
Dalam lubuk berlumpur, busuk dan berlendir.
Sebelum dia Bilqis adik pperempuan ayahku
Kuasai mereka sehingga pertolongan datang padanya
(Sajak tersebut adalah palsu; ia bukan sukar melihatnya bagaimana Ibnu Ishaq memujuk dirinya untuk membentuk semacam suatu yang jelas palsu dalam suatu kegigihan usaha sejarah. Pada perkara ini diiperkenalkan suatu perenggan panjang dari Ibnu Ishaq. Suatu kisah yang panjang lebar melalui `Uthman bin. Saj telah beri dari Azr..)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment