Sunday, January 20, 2008

6 -BAGAIMANA LAKHNI`A DHU SHANATIR MERAMPAS KERAJAAN YAMAN

Seorang Himyar yang tidak ada hubungan dengan istana raja dipanggil Lakhni`a Yanuf Dhu Shanatir (catatan bahwa nama Lakhi`atha terpahat dalam batu bersurat dan Shanatir bermakna `jari tangan'.) bangkit dan membunuh para pemimpin mereka dan membuatkan keluarga diraja tersebar malu. Mengenainya seorang lelaki Himyar mengucapkan:

Himyar telah membunuh anak-anak lelakinya dan buang negeri puteri-putrinya,
Melakukan perkerjaan yang memalukan dengan tangannya sendiri,
Membinasakan harta bendanya yang mewah dengan anggapan tidak penting.
Malah lebih rugi lagi terhadap agama mereka
.Adakah keturunan yang lebih membawa kebinasaan mereka
Dengan ketidakadilan dan pencabulan.

Lakhni`a adalah orang paling jahat – meliwat. Dia biasanya memanggil seorang pemuda dari keluarga diraja dan meliwat (sodomi) dalam bilik yang dibangunkannya semata-mata untuk tujuan ini. Dengan demikian dia tidak boleh didengar. Kemudian dari sini dia biasanya pergi ke bilik atasnya kepada pengawal-pengawal dan tenteranya, (yang berada di bawah) yang meletakkan pencungkil gigi di dalam mulutnya sebagai isyarat yang dia telah pun menyempurnakan kehendaknya. .(Kemudian dia akan melepaskannya dan dia akan muncul sebelum pengawal-pengawal dan orang lain mengetahui perkara yang sangat menjijikan itu.) Pada suatu hari dia hantar untuk panggil Zur`a Dhu Nuwas anak Tiban As`ad adik Hassan. Dia masih kecil sewaktu Hassan terbunuh dan telah menjadi seorang pemuda yang baik dan kacak pada tingkahlaku dan cerdas akalnya. Apabila pesuruh datang dia mengerti apa yang dikehendaki dan dia mengambil sebilah pisau tajam dan disorokkan di bawah tapak kaki di dalam kasutnya dan pergi menemui Lakhni`a. Sebaik sahaja mereka berdua-duan Lakhni`a memeluknya dan Dhu Nuwas menyerang dan menikam sehingga mati. Dia kemudian memotong kepala Lakhni`a dan diletakkan di jendela yang menghala dan nampak jelas oleh orang-orang di bawah. Dia cucuk pencungkil gigi ke dalam mulutnya dan pergi kepada pengawal-pengawal yang bertanya dalam bahasa kesat apa yang terjadi. (Teks Bahasa Arab ada beberapa kekeliruan di sini, tetapi cerita dari al-Aghani telah di beri dalam edisi Cairo memungkinkan ia diperbaiki mengikut peraturan bacaan. Terjemahan perkataan demi perkataan diketepikan dengan alasan-alasan menasabah.). `Tanyalah kepala itu' dia menjawab. Mereka lihat di jendela dan di situ ada kepala Lakhni`a yang putus itu. Jadi mereka pergi mengejar Dhu Nuwas sambil berkata: ` Engkau harus menadi raja kami, tiada orang lain lagi, melihat engkaulah yang telah membebaskan kita semua ini dari perkara yang menjijikan manusia.'(29).

No comments: