Sunday, January 20, 2008

11 BAGAIMANA ABRAHA MERAMPAS KUASA DI

Aryat memegang pemerintahan di Yaman beberapa tahun kemudiannya dipegang oleh Abraha seorang Habasyah (yang berkhidmat dalam tenteranya) merampas kekuasaannya, dan orang-orang Habasyah berpecah menjadi dua kumpulan yang masing-masing mendakwa mempunyai penyokong. Apabila perang hampir meletus, Abraha mengirim utusan kepada Aryat mengajaknya mengelakkan bahaya perang yang memusnahkan dan mengundangnya untuk menyelesaikan sengketa dengan perang tanding antara mereka berdua, yang menang akan menjadi satu-satunya ketua tentera. Aryat bersetuju Abraha pergi menemuinya. Abraha adalah seorang lelaki yang gemuk pendek pengamal Keristian; dan Aryat jauh melebihi penampilannya mengatasi Abraha pada tangan; bertubuh besar, tinggi dan kacak. Abraha ada seorang pemuda dipanggil `Atawda di belakangnya untuk membelanya terhadap serangan dari belakang. Aryat menamatkannya dengan medahuluinya memukul tengkorak Abraha melukai dahinya dan terbelah dua kening, hidung, mata, dan mulutnya. Itulah sebabnya dia dipanggil al-Ashram (muka terbelah). Kemudian itu `Atawda datang dari belakang Abraha menyerang Aryat dan membunuhnya. Tentera Aryat menyertai Abraha, dan orang-orang Habasyah di Yaman menerimanya sebagai ketua mereka. (Kemudian `Atawda menjerit: "Atawda kamu lihat, sebab kejahatan teman; bukan keturunan bangsawan', bermaksud bahawa hamba Abraha telah membunuh Aryat. Al-Ashram bertanyakan apa yang dia mahu, meskipun dia telah pun membunuhnya upah membunuh mesti dibayar. Dia meminta dan memperolehi haknya dengan notis utama di Yaman.) Abraha membayar upah kerana membunuh Aryat. (Semua ini terjadi tanpa pengetahuan Negus.)

Apabila berita peristiwa ini sampai ke pengetahuan Negus baginda sangat marah dan berkata: `Patutkah dia menyerang amirku dan membunuhnya tanpa perintah daripadaku?' Kemudian dia bersumpah bahawa dia tidak akan biarkan Abraha sendirian sehingga dia memijak tanahnya dan memotong jambulnya. Jadi Abraha pun mencukur kepalanya dan diisinya tanah Yaman dalam sebuah beg kulit dan dihantarnya kepada Negus dan disertakan dengan surat: `Wahai Tuanku, Aryat hanya seorang hamba kepunyaan tuanku.
Begitu juga aku adalah hamba tuanku. Kami bertelingkah dengan perintahmu; semua orang mesti taat kepadamu; tetapi aku lebih kuat, lebih utuh, dan lebih bijak dalam mengendalikan urusan orang-orang Habasyah. Apabila aku diberitahu Tuanku bersumpah, aku cukur seluruh rambut di kepalaku dan aku menghantarnya kepada Tuanku bersama sebuah beg berisi tanahku yang Tuanku boleh meletaknya di bawah kaki Tuanku dan dengan demikian tolong undurkanlah sumpah Tuanku kepadaku.' Apabila mesej ini sampai kepada Negus, baginda telah berbaik semula dengannya dan mengutus surat kepadanya membenarkan dia tinggal di Yaman sehingga perintah selanjutnya; Dengan demikian Abraha tinggal di Yaman. (Apabila Abraha melihat yang Negus telah berbaik semula dan telah melantiknya sebagai Wakil Raja di Yaman. dia menghantar utusan kepada Abu Murra b. Dhu Yazan dan melarikan isterinya bernama Rayhana bt. `Alqama b. Malik b. Zayd b. Kahlan. Abu Murra bersama Dhu Jadan mendapat seorang anak dengannya - Ma`di Karib. Selepas itu dia melahirkan untuk Abraha seorang anak lelaki bernama Masruq dan seorang anak perempuan bernama Basbasa. Abu Murra memilih untuk lari. Hambanya `Atawda pergi berlatih memperbaiki semula di Yaman sehingga seorang lelaki berasal dari Himyar; Khath`am menyerang dan membunuhnya; dan apabila berita itu sampai ke telinga Abraha, seorang yang sabar sebagai sifat orang kenamaan, seorang Keristian biasa yang sederhana, dia telah memberitahu orang ramai bahawa pada suatu masa yang penting mereka dengan secara rasmi sewajarnya mengawal diri dan bahawa dia mengetahui yang `Atawada meilih suatu ganjaran kerana perkhidmatannya dia tidak akan ada dmembenarkannya untuk memilih ganjaran. Selanjutnya tiada pertumpahan darah akan berlaku dan dia tidak akan ambil apa-apa tindakan terhadap mereka kerana membunuh `Atawda.).

10 DAUS DHU THA`LABAN DAN PERMULAAN PENAKLUKKAN ORANG-ORANG HABASYAH DAN SEJARAH ARYAT YANG MENJADI WAZIR YAMAN

Seorang lelaki Saba` dipanggil Daus Dhu Tha`laban menyelamatkan diri dengan seekor kuda menghala ke padang pasir menghindarkan diri dari mereka (ada seorang Yaman meriwayatkan bahwa seorang lelaki Najran yang dipanggil Jabbar b. Fayd juga selamat.). Dia terus memecut sehingga sampai di istana Byzantine. Apabila dia minta maharaja meolongnya menentang Dhu Nuwas dan kumpulannya, dia juga menceritakan apa yang terjadi. Selepas menjawab yang negerinya terlalu jauh ditolong dengan mengirim pasukannya, tetapi dia akan menulis kepada Raja Habasyah seorang Kristian dan daerahnya pun dekat dengan Yaman. Selanjutnya dia pun menulis meminta kepada baginda membantu Daus membalas dendam.

Daus pergi ke Negus membawa surat maharaja Byzantine, lalu Raja Habasyah menghantar bersamanya tujuh puluh ribu orang tentera Habasyah, dipimpin oleh seorang lelaki yang dipanggil Aryat. (Dia memerintahkannya bunuh sepertiga dari lelaki itu, membiarkan sepertiga negeri itu, dan menawan sepertiga dari wanita dan kanak-kanak jika dia menaklukinya) Bersama dengan tentera terebut terdapat seorang lelaki bernama Abraha bergelar `muka terbelah'. .Aryat menyeberang laut dengan Daus Dhu Tha`laban dan mendarat di Yaman. Dhu Nuwas bersama dengan orang-orang Himyar dan demikian suku-suku Yaman yang di bawah pemerintahannya keluar menentangnya, dan setelah selesai memberi pesanan Dhu Nuwas dan pasukannya bersedia untuk menggempur. (suatu perkiraan menyatakan kekacauan tentera Yaman dan mereka lemah pertempuran.). Melihatkan yang dia sudah hilang kawalan, Dhu Nuwas memusingkan kudanya menghala ke laut memukulnya sehingga ia masuk ke dalam ombak dan membawanya dari air cetek ke air dalam. Itulah kali terakhir ia dilihat. Aryat memasuki Yaman dan mengambil rampasan. (Dia menjalankan perintah Negus, menghantar sepertiga wanita dan kanak-kanak kepadanya. Dia tinggal di sana di negeri tersebut dan menyempurnakan penaklukannya.)

Ada seorang Yaman terkenang bagaimana Daus yang telah membawa orang-orang Habasyah kepada mereka bersyair:

Tidak seperti Daus dan tidak seperti barang yang dibawanya di dalam tas pelananya.

Dan katanya ini menjadi perumpamaan di Yaman sehingga hari ini.

Dhu Jadan seorang Himyar (merakam penghinaan mereka ke atas sisa-sia keagungan mereka dan peruntuhan Aryat ke atas tembok-tembok mereka Silhin, Baynun, dan Ghumdan cukup unik dalam keindahannya) mengucapkan:

Kelembutan! Air mata tidak boleh disuruh bercucuran semula.
Kerisauan bukan untuk engkau tetapi untuk mereka yang mati.
Selepas Baynun tidak batu-batu atau kesan tertinggal
Dan selepas Silhin akan adakah orang membina rumah begitu lagi?

Baynun, Silhin, dan Ghumdan adalah Yamani tembok-tembok kota yang Aryat binasakan dan tiada seperti semuanya wujud.

Dia melanjutkan:

Perdamaian, memalukan engkau! Kau tak boleh ubah aku dari tujuanku.
Cacianmu mengeringkan air liurku!
Dengan musik para penyanyi pada masa berlau ia cukup enak.
Bila kami minum arak tulen termahal.
Minum arak semaunya membawa aku tidak malu.
Jika perangaiku tidak menyenangkan - teman akan mencaci.
Untuk kematian tiada seorangpun boleh menangguh
Meskipun dia minum minyak wangi tabib.
Atau rahib dalam tempat terpencilnya yang tinggi
Di mana burung nasar dikeliling sarangnya terbang manja.
Engkau telah dengar menara Ghumdan:
Dari puncak gunung ia rendah
Tukang yang mahir, dengan batu-batu dia kukuh,
Ditampal tanah liat licin basah dan bersih;
Lampu–lampu minyak nampak di dalamnya
Bahkan, seperti memancarkan cahaya gemerlap.
Di sebelah dinding tembok pohon-pohon kurma indah
Pada buah yang masak ranum dalam rumpunan terang.
Sekali ini tembok baru adalah debu-debu hari ini,
Api telah meratah semua kecantikannya
Dhu Nuwas memaki kesal tembok agungnya,
Dan mengingatkan penduduknya nasib mereka nanti.

Dengan merujuk kepadanya, Ibn al-Dhi'ba al-Thaqafi telah
berkata (31):
Kehidupan kamu adalah tidak selamat untuk seorang lelaki yang apabila kematian dan umur tuanya merampasnya.

Kehidupan kamu seorang lelaki telah tiada tempat hendak lari –tiada tempat rawatan

Bolehkah selepas suku-suku Himyar dibinasakan satu pagi di sana dengan bencana serangan,,
Beribu-ribu pahlawan (berarak) seperti langit sebelum hujan.

Laungan kuda-kuda perwira yang memekakkan mereka daan akan lari pahlawan-pahlawan dengan bau mereka yang menusuk.

Perempuan sihir dengan sejumlah habuk kemenyan besar adalah cara mereka.

`Amr bin.Ma`di Karib al-Zubaydi berkata mengenai suatu pertengkarkan, dengan Qays bin.Makshuh al-Muradi apabila dia dengar yang dia telah mengancamnya, dan membawa kepada ingatan tentang hilangnya kegemilangan Himyar:

Adakah engkau mengancam aku seolah-olah engkau adalah Dhu Ru`ayn
Atau Dhu Nuwas pada hari utama mereka?
Ramai lelaki sebelum kamu telah berjaya
Dengan sebuah kerajaan yang teguh asasnya di antara manusia.
Orang Purba seperti di zaman `Ad
Terlampau ganas, mengatasi raja-raja zalim,
Masih penduduknya binasa
Dan dia menjadi pengembara di antara manusia (32).

9 `ABDULLAH IBN AL-THAMIR DAN MEREKA YANG BINASA DI DALAM PARIT (ASHHAB UL-UKHDUD)

Diriwayatkan dari Yazid b. Ziyad dari Muhammad b. Ka`b al-Qurazi, dan seorang lelaki Najran juga meriwayatkan kepadaku, bahwa menurutnya penduduk tersebut lazimnya menyembah patung-patung. Najran adalah bandar terbesar di mana penduduknya berjiran dengan daerah berhampiran. Dalam sebuah kampung yang dekat dengan bandar itu ada seorang ahli sihir yang mengajar pemuda-pemuda Najran dalam keseniannya. Apabila Faymiyun datang ke situ - mereka tidak memanggilnya dengan nama yang diberi oleh Wahb b. Munabbih tetapi cuma mengatakan seorang lelaki telah datang ke situ - dia mendirikan sebuah khemah antara Najran dan tempat di mana ahli sihir tersebut tinggal. Penduduk Najran menghantar anak-anak muda mereka ke tempat ahli sihir untuk belajar ilmu sihir begitu juga al-Thamir menghantar anaknya, `Abdullah bersama mereka. Apabila `Abdullah melalui orang itu di khemahnya, dia amat tertarik dengan doanya dan puji-pujiannya dan mulai duduk dengannya dan mendengarkannya sehingga dia menjadi seorang Muslim. (Al- Quran mengajarkan bahwa Kristian tulen adalah Islam, Surah 3.45.), dan mengakui keesaan Allah menyembahNya. Dia bertanya beberapa soalan mengenai peraturan-peraturan Islam sehinggalah apabila dia diajar sepenuhnya ketika itu dia bertanya itu apakah Nama Allah yang Paling Agung. Walaupun dia mengetahuinya tetapi dia tidak memberitahunya, sambil berkata: `Anakku sayang (`Anak saudaraku), engkau tidak akan mampu memikulnya. Aku takut engkau tidak cukup kuat.' Al-Thamir tidak terfikir yang anaknya, `Abdullah sudah lama tidak berjumpa ahli sihir bersama-sama dengan pemuda-pemuda lain. `Abdullah melihat yang gurunya telah menyimpan ilmu daripadanya dan khuatir akan kelemahannya. Ia mengumpul sejumlah ranting kayu dan bila dia telah diajar satu nama Allah dia tulis nama tersebut di atas kayu itu. Apabila dia dapat kesemuanya dia hidupkan unggun api dan mulai melontar kayu-kayu itu satu per satu ke dalam unggun api sehingga apabila dia sampai pada kayu yang ditulis di atas dengan Nama yang Paling Agung yang dicampakkan ke dalam api itu, tetapi ia segera melantun tanpa disentuh oleh api. Kemudian dia ambil kayu itu dan membawanya dan memberitahu gurunya yang dia tahu Nama yang Paling Agung itu, yang telah disembunyikan daripadanya. Persoalan baru timbul padanya dan bila dia belajar bagaimana dia boleh tahu rahasia rahsia tersebut, gurunya pun berkata, `Ya sahabat mudaku (`Anak saudaraku'.), engkau telah mendapatkannya, tetapi simpanlah di dalam dirimu, meskipun aku tak fikir engkau boleh'.

Sesudah itu apabila `Abdullah bin.al-Thamir memasuki Najran dan mendapatkan sesiapa saja orang sakit dia akan berkata kepada orang itu, `Wahai hamba Allah, mahukah kamu mengakui keesaan Allah dan menganut agamaku agar aku berdoa kepada Allah supaya dia mungkin menyembuhkan engkau dari penyakit yang engkau deritai? Orang itu akan setuju, mengakui keesaan Allah, dan menjadi seorang muslim, dan dia akan berdoa untuk orang itu dan kemudian orang itu akan sembuh. Sehingga pada akhirnya di sana sudah bukan seorang orang yang sakit di Najran tetapi telah menganut agamanya dan akhirnya seluruh penduduk menjadi sihat dari sakitnya. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan raja dia hantar kepadanya utusan yang berkata: `Engkau telah merusakkan penduduk bandar beta oleh itu mereka menentang beta dan telah menyangkal agama beta dan agama datuk nenek beta. Beta akan melakukan suatu pengajaran yang mengerikan kepada engkau!' Dia menjawab: `Tuanku tidak ada kekuatan untuk melakukan perkara tersebut. 'Baginda telah menangkapnya dan dibawa kepada sebuah gunung yang tinggi dan dicampakkan ke bawah lalu jatuh menjunam, tetapi dia jejak ke tanah dengan tiadacedeera. Kemudian dia telah pun dicampakkan ke dalam air yang sangat dalam di Najran yang mana tidak seorang pun yang pernah timbul hidup, tetapi dia keluar dengan selamat.
Semuanya menambahkan kebaikan kepadanya. `Abdullah beritahu baginda bahwa baginda tidak akan dapat membunuhnya sehingga (kecuali) baginda mengakui keesaan Allah dan percaya kepada agamanya; tetapi (malah) jika dia lakukan dia akan diberi `kuasa' untuk membunuhnya. Baginda lalu mengakui keesaan Allah dan menegaskan kepercayaan `Abdullah, lalu memukulnya dengan suatu pukulan yang sederhana kuat dengan sebatang kayu yang ada di tangannya baginda membunuh mati di situ juga. Penduduk Najran menerima agama `Abdullah bin.al-Thamir menurut apa yang ditulis dalam Injil dan peraturan- peraturan yang dibawa oleh `Isa ibn Maryam. Selepas itu mereka telah bertukar ganti dengan kecelakaan (ahdath) yang menimpa bersama - ahli agama mereka. Demikianlah asal Kristian di Najran. Tetapi Allah lebih Tahu (apakah fakta-fakta yang sebenar).

Demikian adalah riwayat dari Muhammad b. Ka`b. al-Qurazi dan seorang penduduk Najran mengenai `Abdullah bin.al-Thamir. Tetapi Allah lebih Tahu apa terjadi.

Dhu Nuwas datang menentang mereka dengan bala tenteranya dan memaksa mereka supaya menerima agama yahudi (Judaism), mereka diberi pilihan antara menerimanya atau kematian: Mereka pilih kematian. Jadi dia menggali parit untuk mereka; sebahagiannya dibakar dalam api, sebahagian lagi dipancung dengan pedang, akhirnya dia telah membunuh mereka semua menghampiri dua puluh ribu jiwa. (`Kemudian Dhu Nuwas kembali ke San`a dengan bala tenteranya.'). Mengenai Dhu Nuwas dan tenteranya, Allah beritahu kepada Rasulullah
Celakalah kaum yang menggali parit,
(Didalamnya) api yang penuh dengan bahan bakaran,
Ketika mereka duduk di kelilingnya,
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Dan mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang mukmin
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Mereka menyiksa orang-orang itu hanyalah kerana beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Terpuji (Surh 85.4-9)

Adalah diriwayatkan di antara mereka yang mati dibunuh oleh Dhu Nuwas adalah `Abdullah bin.al-Thamir, ketua dan imam mereka (Dalam tradisi yang lain `Abddullah adalah di bunuh oleh seorang raja terdahulu. Azr meriwayatkan sesuatu yang agak berlainan dari versi riwayat Ibn Saj.

Aku diberitahu oleh `Abdullah b. Abu Bakr b. Muhammad b. `Amr b. Hazm meriwayatkan bahwa pada pemerintahan `Umar bin. al-Khattab seorang lelaki Najran telah menggali di atas satu daripada yang runruhan di Najran yang berkehendakkan menggunakan tanah, bila mereka sampai `Abdullah bin. al-Thamir yang berada di bawah kuburan itu; (keadaan mayatnya) dia sedang duduk dengan gaya tangannya melindungi sesuatu luka di kepalanya, menekan luka tersebut. Apabila tangannya digerakkan darah mulai mengalir; dan apabila mereka melepaskan tangannya ia kembali semula ke tempatnya dan darah yang mengalir itupun terhenti. Di jarinya ada sebentuk cincin yang tertulis perkataan `Allah Tuhanku'. Suatu laporan telah dihantar kepada `Umar dan dia menjawab: `Tinggalkan dia sendirian dan tutup kuburan itu ' dan perintahnya telah dilaksanan.

9 `ABDULLAH IBN AL-THAMIR DAN MEREKA YANG BINASA DI DALAM PARIT (ASHHAB UL-UKHDUD)

9 - `ABDULLAH IBN AL-THAMIR DAN MEREKA YANG BINASA DI DALAM PARIT (ASHHAB UL-UKHDUD)

8 PERMULAAN KRISTIAN DI NAJRAN

Al-Mughira b. Abu Labid, seorang al-Akhnas yang merdeka, diriwayatkan dari Wahb b. Munabbih seorang Yaman meriwayatkan kepadaku bahwa asal Kristian di Najran adalah dari seorang lelaki bernama Faymiyun seorang yang taat memegang peraturan, sungguh–sungguh dan hidup sederhana dan doanya maqbul. Dia biasanya berpindah-pindah antara bandar: sebaik saja dia diketahui umum di dalam satu bandar dia akan bergerak ke bandar lain. Hanya makan dari hasil upah, sebagai buruh binaan dengan yang menggunakan batu-bata tanah. Dia biasanya menjadikan Hari Ahad sebagai hari berehat dan tidak akan bekerja. Dia biasanya pergi ke padang pasir bersembahyang di sana sampai petang. Sewaktu dia mengikut dagangannya ke sebuah kampung di Syria untuk mengelakkan dirinya dari orang ramai. Salah seorang penduduk di situ yang dipanggil Salih mengerti akhlak lelaki tersebut dan merasa sangat kasih kepadanya. Supaya tidak dilihat oleh Faymiyun dia terus menyusulnya dari setempat ke setempat, sehingga pada suatu hari Ahad dia pergi seperti biasa ke padang pasir dan disusuli oleh Salih. Salih telah memilih sebuah tempat bersembunyi dan duduk di mana dia dapat melihatnya. Dia tidak mahu Faymiyun tahu di mana dia berada. Apabila Faymiyun berdiri hendak bersembahyang se suatu yang bercabang, ular berkepala tujuh, datang kepadanya dan apabila Faymiyun melihatnya, dia membacakan sesuatu lalu ular itu pun mati. Melihatkan ular tetapi tidak tahu apa yang telah berlaku padanya dan bimbangkan keselamatan Faymiyun, Salih tidak boleh menahan dirinya dan terus menjerit: `Faymiyun ular kepala bercabang dekat dengan engkau!' Dia tidak ambil peduli dan meneruskan sembahyangnya sehingga selesai. Malam telah tiba dan dia pun pergi. Dia tahu yang dia telah pun dikenal dan Salih tahu yang dia telah pun melihatnya. Jadi dia berkata kepadanya: `Faymiyun, engkau tahu yang aku belum pernah sukakan susuatu seperti aku suka kepada engkau. Aku ingin selalu dengan engkau dan pergi ke mana sahaja bersama engkau ‘ Dia menjawab: `Seperti yang engkau inginkan. Engkau tahu bagaimana aku hidup dan jika engkau rasa yang engkau boleh tahan hidup seperti ini, baguslah.' Jadi Salih tinggal dengannya, dan penduduk kampung tersebut masih tidak tahu rahasianya. Apabila seseorang menderita oleh sesuatu penyakit datang kepadanya secara kebetulan dia akan berdoa untuknya dan orang itu pun pulih; tetapi jika dia dipanggil untuk mengubat orang sakit dia tidak akan pergi. Suatu hari anak seorang dari penduduk kampung telah buta matanya (atau `sakit') dan dia bertanya mengenai Faymiyun dan sudah diberitahu bahwa dia tidak pernah datang jika dia dijemput, kerana dia adalah seorang yang mengambil upah bertukang rumah dengan penduduk di situ. Oleh itu lelaki ini mengangkat anaknya dan diletakkannya di dalam biliknya dan dilemparkan sehelai pakaian menyelimuti anaknya dan dia pergi mendapatkan Faymiyun meminta dia hendak dia buat suatu kerja di dalam pondok rumahnya mahukah dia datang melihatnya supaya mereka bersetuju membayar harga upahnya. Sampai sahaja di rumah itu Faymiyun bertanyakan apa yang dia mahu lakukan. Setelah memberi tahu secara terperinci orang itu tiba-tiba membuka selimut tersebut dari budak itu: `Wahai Faymiyun, satu daripada makhluk Allah adalah di tempat
Yang engkau lihat. Jadi berdoalah untuknya.’ Faymiyun melakukannya (Di antara kata-kata yang diucapkan oleh Faymiuun ketika berdoa: `Ya Allah, musuh Engkau telah menyerang kesihatan seorang dari pembantu-pembantu mereka untuk menyerangnya. Kembalikanlah kesihatan kepadanya dan lindungilah dia daripadanya.') Lalu budak lelaki itu pun bangun sembuh sepenuhnya. Mengetahui yang dia telah pun dikenali dia tinggalkan kampung itu dengan disusuli oleh Salih, dan sewaktu mereka sedang berjalan melalui Syria mereka melepasi sebatang pokok besar dan seorang lelaki telah memanggilnya dengan sebutan, `Aku telah pun menunggu engkau dan selalu berkata, "Bilakah dia datang?" sehinggalah aku dengar suara engkau dan tahu itu adalah engkau. Janganlah pergi sehingga kamu telah berdoa atas kematianku kerana aku sedang menghampiri mati.' Dia mati dan Faymiyun mendoakan untuknya dan mereka mengkebumikannya. Kemudian dia pun pergi disusuli oleh Salih sehingga mereka sampai di tanah orang-orang Arab yang kemudiannya menyerang mereka, dan sebuah kafilah membawa mereka dan menjual mereka di Najran.
Pada masa ini penduduk Najran mengikut agama orang -orang Arab, menyembah sebatang pohon kurma besar di situ. Setiap tahun mereka mengadakan suatu perayaan dengan menggantung mana-mana pakaian indah yang mereka ada dan batu permata hiasan wanita di pohon itu. Kemudian mereka keluar berjalan-jalan dan melakukan upacara penyembahan paada hari tersebut (Atau, barangkali, `perarakan mengelilinginya '.). Faymiyun sudah dijual kepada seorang bangsawan dan Salih kepada orang lain. Suatu ketika berlaku di mana Faymiyun sedang sembahyang dengan khusyuk di waktu malam di dalam sebuah rumah yang telah diperuntukkan oleh tuannya kepadanya, seluruh rumah dipenuhi dengan cahaya yang terng benderang padahal tiada sebuah lampu pun. Tuannya sangat hairan dengan apa yang dilihat, dan bertanya kepadanya mengenai agamanya. Faymiyun beritahu dia dan menyatakan bahwa mereka berada dalam kekeliruan. Adapun pohon kurma tidak boleh menolong atau menyakiti; dan jika dia sumpah pokok itu dengan nama Allah, Allah akan menghancurkannya, Dia, Allah Esa tanpa sekutu. Kalau begitu lakukanlah,' kata tuannya, `jika kamu lakukan, kami akan anut agamamu, dan tinggalkan pegangan kami sekarang. Setelah membersihkan dirinya dan melaksanakan dua rakaat, dia menyeru Allah terhadap pohon tersebut, dan Allah kirimkan angin ke atasnya yang mencabutnya dengan akar-akarnya sekali dan menghumbankannya ke tanah. Maka penduduk Najran pun memeluk agamanya dan dia memimpin mereka dengan ajaran `Isa ibn Maryam. Kemudian mereka mengalami kecelakaan (Atau `perubahan' (ahdath)) yang terjadi bersama - ahli agama mereka dalam setiap daerah. Inilah asalnya Kristian di Najran di daerah orang-orang Arab. Demikianlah riwayat dari Wahb bin Munabbih dari riwayat penduduk Najran.

7 PEMERINTAHAN DHU NUWAS

Mereka melantiknya menjadi raja dan semua suku
Himyar menyertainya. Dia adalah Raja Yaman terakhir dan lelaki yang melakukan pembersihan. (Lihat di bawah nanti dalam menyentuh pembersihan: `Dia memeluk Agama Yahudi (judaism) dan orang Himyar mengikutnya'. Versi cerita ini adalah lebih terperinci sedikit dan orang mungkin menyangka bahwa Ibn Hisham telah melangkau ungkapan di sana sini. Dalam 1952 seorang Profesor menemui satu batu bersurat di Qara. Namanya tertulis Ysf`s'ar. Kalender Sabaean = Tahun 518 SM.). Dia dipanggil Joseph dan memerintah untuk suatu masa tertentu.

Di Najran sebahagian penduduk yang memeluk agama Isa Ibn Maryam, orang yang suci dan lurus yang mengikut Kitab Injil. Ketua mereka bernama `Abdullah b. al-Thamir. Tempat di mana agama itu mula bertapak adalah Najran. Pada masa itu di negari-negari Arab; penduduknya, dan sememangnya yang menjadi anutan orang-orang Arab, adalah sebagai penyembah berhala. Seorang Masehi bernama Faymiyun penduduk asal di situ telah mengubah agama penduduk kepada agama anutannya.

6 -BAGAIMANA LAKHNI`A DHU SHANATIR MERAMPAS KERAJAAN YAMAN

Seorang Himyar yang tidak ada hubungan dengan istana raja dipanggil Lakhni`a Yanuf Dhu Shanatir (catatan bahwa nama Lakhi`atha terpahat dalam batu bersurat dan Shanatir bermakna `jari tangan'.) bangkit dan membunuh para pemimpin mereka dan membuatkan keluarga diraja tersebar malu. Mengenainya seorang lelaki Himyar mengucapkan:

Himyar telah membunuh anak-anak lelakinya dan buang negeri puteri-putrinya,
Melakukan perkerjaan yang memalukan dengan tangannya sendiri,
Membinasakan harta bendanya yang mewah dengan anggapan tidak penting.
Malah lebih rugi lagi terhadap agama mereka
.Adakah keturunan yang lebih membawa kebinasaan mereka
Dengan ketidakadilan dan pencabulan.

Lakhni`a adalah orang paling jahat – meliwat. Dia biasanya memanggil seorang pemuda dari keluarga diraja dan meliwat (sodomi) dalam bilik yang dibangunkannya semata-mata untuk tujuan ini. Dengan demikian dia tidak boleh didengar. Kemudian dari sini dia biasanya pergi ke bilik atasnya kepada pengawal-pengawal dan tenteranya, (yang berada di bawah) yang meletakkan pencungkil gigi di dalam mulutnya sebagai isyarat yang dia telah pun menyempurnakan kehendaknya. .(Kemudian dia akan melepaskannya dan dia akan muncul sebelum pengawal-pengawal dan orang lain mengetahui perkara yang sangat menjijikan itu.) Pada suatu hari dia hantar untuk panggil Zur`a Dhu Nuwas anak Tiban As`ad adik Hassan. Dia masih kecil sewaktu Hassan terbunuh dan telah menjadi seorang pemuda yang baik dan kacak pada tingkahlaku dan cerdas akalnya. Apabila pesuruh datang dia mengerti apa yang dikehendaki dan dia mengambil sebilah pisau tajam dan disorokkan di bawah tapak kaki di dalam kasutnya dan pergi menemui Lakhni`a. Sebaik sahaja mereka berdua-duan Lakhni`a memeluknya dan Dhu Nuwas menyerang dan menikam sehingga mati. Dia kemudian memotong kepala Lakhni`a dan diletakkan di jendela yang menghala dan nampak jelas oleh orang-orang di bawah. Dia cucuk pencungkil gigi ke dalam mulutnya dan pergi kepada pengawal-pengawal yang bertanya dalam bahasa kesat apa yang terjadi. (Teks Bahasa Arab ada beberapa kekeliruan di sini, tetapi cerita dari al-Aghani telah di beri dalam edisi Cairo memungkinkan ia diperbaiki mengikut peraturan bacaan. Terjemahan perkataan demi perkataan diketepikan dengan alasan-alasan menasabah.). `Tanyalah kepala itu' dia menjawab. Mereka lihat di jendela dan di situ ada kepala Lakhni`a yang putus itu. Jadi mereka pergi mengejar Dhu Nuwas sambil berkata: ` Engkau harus menadi raja kami, tiada orang lain lagi, melihat engkaulah yang telah membebaskan kita semua ini dari perkara yang menjijikan manusia.'(29).